Wednesday 30 November 2011

Spontaneous Thursday #8

Assalamualaikum..
Dah lama tak post pasal ST. Malas pn ada sbb keja berlambak dan malas jgk nk buat keja yang berlambak tu..so ari ni rajin sikit dari hari yang sebelumnya..sikit je la..so ST aku untuk ari khamis ni

Penat ngan keja dan outing practical recreation!!! Uwwwwaaaaaaa

Wednesday 23 November 2011

Alhamdulillah, terima kasih semua!!

"Terima kasih menerima diriku seadanya wahai suamiku"
Assalamualaikum..
Dah lama xmenjenguk blog aku ni..rupa2nya dh bersawang..emmm biasa la sibuk ngan persiapan perkahwinan. Tak sempat nk post apa2 kat blog ni.

Alhamdulillah majlis akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz pada pukul 5.27 ptg selepas asar pada 11.11.11. Tarikh yang sgt bermakna buat kami berdua. Terpahat utk selama2nya dan kekal hingga ke syurga aminnnn!!! Terima kasih pada Cik Noi a.k.a make up artist aku hehe dan kakak aku (Rohaida). Make up uols mmg marbeles!!!

Reception sebelah aku berjalan dengan baik pada 17.11.11 walaupun berlangsung pada hari bekerja. Jutaan  terima kasih especially kepada my lovely mom (Salmah Osman), my lovely sisters (Rosnani, Rohaya, Rohana, Rohaida, dan Rosilawati), my big lovely brothers (Roslan dan Redhuan), and my lovely nephews and nieces (Shazlin Suniza, Saidatul Nadila, Ammirul, Syamim, Syabil, Ain dan yang tak dapat hadir). Kamu semua terbaik. Sayang kamu semua!!


Tuesday 1 November 2011

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)

Kebaikan dan kesalahan?

Assalamualaikum..

Emmm entry aku kali ni simple ja. Nak berkongsi ngan kawan-kawan tentang kebaikan dan kesalahan. Aku dah lama terfikir pasal benda ni, tapi aku sedih bila kesalahan tu lebih mengatasi segala kebaikan yang dilakukan.

Apa pendapat korang tentang habis segala kebaikan yang kita buat hanya kotor dan tertutup disebabkan hanya 1 kesalahan. Sampai macam tu sekali orang nak menghukum kita. Sampai dah lupa segala kebaikan yang kita buat. Tapi kita ni hanya manusia, hanya mampu menerima segala dugaan yang Allah turunkan kepada kita dengan pasrah dan redha walaupun kita tak sanggup nk hadapinya. Kita hanya mampu berdoa yang orang lain akan memaafkan kita. Kita redha apa segala hukuman dan tohmahan yang dikeluarkan walaupun hati kita pedih nak menerimanya. Insya Allah, kita senantiasa di bawah lindunganNya. Amin!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...