Monday 27 June 2011

Segmen: Aku Seorang Blogger

Nak join click SINI
Assalamualaikum..
Thanks to Ila sbb suka sangat kan tag aku benda2 camni..dh lama xlayan benda camni bila start blog baru ni..malas sbnrnya tambah lak ngan banyak keja..lagipun ramai yang tak tau blog aku ni sbb ni adalah second blog aku selepas first blog aku tu..aku terpaksa delete..actually ok gak buat camni..at least kita leh kongsi kenapa kita buat blog ni..

5 SEBAB kenapa aku jadi BLOGGER!! (jenuh nk pikir walaupun 5 sebab je dia suh bagi haha)

  1. First time join blog  ni sebab syok tgk membe2 share everything pasal life diaorg nthen capture gambar2 n post kat blog..share segala aktiviti apa yg diaorg buat walaupun bg sesetengah pihak just nk kata nk menunjuk-nunjuk pasal aktiviti diaorg..tp bg aku blog ni leh tahu apa yg kita buat.
  2. Aku sukakan alam semulajadi..so aku nk share pasal gunung ganang dan alam semulajadi yg aku pernah explore dan share artikel apa yg berkaitan dengan semulajadi. Di samping itu juga, aku suka gak share benda2 ilmiah dlm ruangan blog aku.
  3. Nak tambahkan pengalaman dari cara penulisan memandangkan penulisan aku skrg dh tunggang langgang..kalau ikutkan masa sekolah dulu aku jenis yg suka bidang penulisan..segala kata puitis pn dah tak tau hahaha..
  4. Bila aku tgk blog RedMummy ni..aku sgt teruja dengan pendapatan sampingan yang dia dapat..dia pn start dari blogspot gak..dengan blog jgk la dia famous..dia just share ngan pembaca blog pn dengan aktiviti harian dia dan addicted dia dengan warna merah..masuk tv3 la..uishhhh dengan cara ni pn leh glamour tp aku tak nak glamour tp kalau nk menjana pendapatan tu bole la..
  5. Bole keep in touch ngan kawan2 lama..yg dh lama menghilangkan diri..dpt share balik apa yg diaorg buat skrg..ada yg buat cokelat, buat kek dan jual kain2 dan shawl pn ada..
Ada banyak lagi kenapa aku suka jadi blogger walaupun blog lama aku tu dh lupus dh hahaha..ini la yg terbaru..

aku nk tag kawan2 aku ni..sila la yek

Wednesday 22 June 2011

Fungsi gunung-ganang menurut al-Quran

Letusan Eyjafjallajokull di Iceland mengingatkan manusia kekuasaan Yang Maha Esa

NAMANYA agak janggal dalam perbendaharaan bahasa kita, Eyjafjallajokull. Janggal daripada susunan huruf, sebutan ucapan dan penglihatan mata, tetapi susunan kata itulah yang menggusarkan negara Eropah dan berimbas ke seluruh dunia selama hampir dua minggu yang bermula pada 14 April lalu.

Eyjafjallajokull nama gunung berapi di Iceland, utara Britain, yang menghamburkan debu setinggi 11 kilometer ke udara dan menghalang banyak penerbangan ke Eropah. Selama enam hari larangan itu, penerbangan dunia mengalami kerugian AS$1.7 bilion. Belum lagi kerugian lain dikaitkan dengan perkhidmatan penerbangan. Eyjafjallajokull satu nama daripada ribuan nama yang diberikan kepada ciptaan Allah SWT yang bernama gunung. Gunung adalah penyeimbang bumi di mana tanpanya bumi akan beroleng (bergerak) tidak tentu arah. Inilah satu fungsi gunung yang didedahkan al-Quran lebih 1,400 tahun lalu.

Al-Quran menyebutnya bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)

Tuesday 21 June 2011

Keburukan tidur terlalu lewat dan bangun lambat


Artikel ini adalah ehsan dari seorang teman yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!"
Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.


Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

12 Aurat Wanita Dalam Islam Yang Perlu Dipelihara


1.    Bulu Kening - Menurut Bukhari. Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.    Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.  


~JOM TUTUP AURAT DAN JAGA AKHLAK~



Friday 10 June 2011

Gunung Ganang Para Nabi

Dipetik Dari Kitab Jibal Al-Anbiya

Pernahkah terfikir bahawa gunung ganang turut menjadi intipati dalam sejarah dunia Islam malahan dalam kehidupan awal manusia. Kita sedia maklum tuhan jadikan gunung-ganag sebagai tempat tinggal manusia pertama dimana mereka tinggal didalam gua-gua dsebagai tempat perlindungan.
Sesuai dengan peredaran zaman dan perkembangan tamadumn manusia, manusia mula menuruni gunung turun ke kawasan lembah dan seterusnya mewujudkan perkampungan yang seterusnya menjadi badar metropolis di dunia.

Dalam Islam gunung memainkan peranan penting dalam dalam sirah kehidupan para nabi yang boleh dikategorikan dalam tiga keadaan.

Yang Pertama : Gunung sebagai tempat berlindung dari ancaman sebagai kawasan perlindungan dan menjadi tempat beribadah atau renungan dalam mencari asas ketuhanan

Yang Kedua : Gua atau kawasan pergunungan merupakan tempat tinggal para Nabi . Malah kalau diselediki sirah Nabi-Nabi kebanyakkan tinggal di kawaan pergunungan.

Yang ketiga : Gunung menjadi saksi terhadap peristiwa penting dalam meninggikan kalaimah Allah.
Secara ringkasnya terdapat sepuluh Gunung yang terlibat dalam kehidupan Nabi. Sekiranya ada masa tambahan saya akan beri keterangan lebih lanjut tentang gunung para Nabi ini.

Gunung Yang Pertama ialah gunung yang terlibat semasa penurunan Nabi Adam a.s. Umum mengetahui bahawa terdapat percanggahan fakta dimanakah turunnya Nabi Adam tapi disini tidak perlulah kita berbalah-balahan dimana lokasi sebenarnya sebab zaman dulu mana ada direkod cuma menurut kepercayaan dan peratus kemungkinan. Gunung yang terlibat itu dinamakan Gunung Serendid atau Kadangkala disebut Gunung Adam. Lokasi nya berada dikawasan Sri Lanka berdekatan India dan mengadap kawasan persisiran pantai.Ketinggiannya dikatakan lebih 3000 meter malah dikatakan masih wujud telapak kaki Nabi Adam yang besar diatas puncak. Gunung ini juga digelar gunung air mata kerana setiap pendaki yang mendaki biasanya akan sebak atau mengeluarkan air mata.

Gunung yang Kedua adalah Gunung Arafah atau Kita Panggil Bukit Arafah. Sesetengah bertanya mana mungkin Arafah itu boleh jadi gunung. Macam rendah je. Kita tidak mengetahui apa yang berlaku ribuan tahun dahulu. Gunung ini menyaksikan pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah dicampakkan ke bumi. Biasanya pada musim Haji ramailah orang disini kerana Wukuf di Arafah merupakan satu Rukun Haji.

Gunung yang ketiga ialah Gunung Qasyun. Peristiwa penting yang belaku di gunung ini ialah pembunuhan manusia pertama, pengkebumian manusia pertama dan dosa manusia pertama . Kisah Habil dan Qabil berkisarkan di Gunung Qasyun. Gunung ini berda di Negara Syria berdekatan dengan kota Damsyik. Dikatakan bekas darah Habil masih boleh kelihatan lagi dipuncak Gunung ini dan sekiranya bernasib baik kita masih boleh melihat kubur Hawa didalam sebuah gua dikawasan sekitarnya. Gunung ini juga merupakan tempa persembunyian Nabi Isa dan ibunya Siti Mariam dari ancaman puak kuffar. Malah dipuncak gunung ini masih mempunyai masjid lama yang sudah ditinggalkan.

Gunung yang keempat ialah Gunung Joudi atau Dipanggil Gunung Ararat. Gunung ini merupakan tempat berlabuhnya Kapal Nabi Nuh. Gunung ini diliputi Salji yang tebal. Ada bebrapa pertelingkahan para pengkaji kerana ada yang mengatakan gunung in sepatutnya terletak di sempadan Turki dan Iran ada yang mengatakan diIraq. Tapi dengan teknologi sekarang disimpulkan Gunung Ararat ini terdapat di Turki ini disokong dengan gambar satelit dan pelbagai cerita lagi.

Gunung yang kelima ialah Gunung Luth atau Nama lainnya Gunung Maw’ab. Gunung ini merupkan gunung yang didaki oleh Nabi Luth dan pengikutnya sebelum Negeri Sodom diterbalikkan dari muka bumi. Dari sini kita boleh melihat kawasan Tasik Mati iaitu negeri Sodom yang diterbalikkan.
Gunung yang keenam ialah Gunung Thur Sina. Gunung yang terlibat dalam sirah Nabi Musa merupakan gunung yang selalu didaki oleh pelajar yang menutut di Mesir. Di atas puncak ini juga ada masjid atau biara lama yang ditinggalkan yang berusia ribuan tahun. Di puncak ini juga kia boleh melihat daun daun yang telah pun menjadi fosil di permukaan batu.

Gunung yang ketujuh ialah Gunung Zaitun. Gunung ini menyaksikan Nabi Isa diangkat kelangit oleh Allah. Terletak di Negara Palestin mungkin sukar untuk mendapat permit pendakian. Dikatakan kita masih lagi boleh melihat kota tinggalan Nabi Sulaiman di atas puncak ini.

Gunung yang kelapan ialah Gunung Raqeem atau lebih dikenali Sebagaui Gunung Al-Kahfi. Melihat kepada namanya kita mesti sudah maklum inilah gunung yang menyaksikan kejdian pemuda yang beriman yang ditidurkan oleh Allah selama ratusan tahun disebabkan melarikan diri dari ancaman pemimpin yang kufar dan bangun di zaman pemimpin yang beriman.Di kawasan pergunungan ini masih kelihatan kubur-kubur para pemuda ini yang terletak didalam gua. Gunung ini terletak di Negara Jordan .

Gunung yang kesembilan ialah Gunung Hira’. Gunung yang menyaksikan penurunan risalah Islam yang pertama di Gua Hira’. Bagi yang  pergi ke Mekkah biasanya akan mendaki gunung ini kerana pendakian kepuncak hanya dua jam sahaja. Malah dipuncak juga mempunyai mata air. Luas Gua itu hanya cukup untuk tidur tiga orang berdampingan. Tingginya kira-kira 2 meter atau setinggi manusia. Di bagian ujung kanan, ada lubang atau celah yang dapat dipakai untukmemandang kawasan gunung dan bukit dijurusan Mekah.

Gunung yang terakhir ialah Gunung Tsur. Gunung yang terlibat semasa penghijran Nabi Muhammad s.a.w kekota Madinah. Ada sebuah gua dikawasan itu yang menjadi tempat berlindung nabi dan sahabatnya. Gua yang terdapat di Gunung ini agak sukar untuk dimasuki kerana kecil akan tetapi bila sudah masuk dalam nya agak luas.Gunung yang berlokasi sekira 5 km dari Masjidilharam ke arah Thaif ini biasanya didaki menjelang subuh agar kelak bila sampai ke Gua Tsur yang dituju tidak kepanasan. Mendaki Gunung Tsur untuk mencapai gua bersejarah di atas tidak perlu membawa bekal makanan atau minuman, karena di sekitar gua ini sudah ada yang berjualan.
Walaupun ada beberapa gunung yang lain cukuplah setakat ini. Lain kali sambung untuk detail gunung dan teknikal pendakiannya.

Sekianlah sudah ringkasan Gunung Para Nabi.

Kencantikan wanita


"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.
Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.
Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.
Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.
Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.
Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.
Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.
Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.
Wanita muslimah yang dikasihi.
Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??
Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

Hargai Diri Anda..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Thursday 9 June 2011

Hidup Berpasangan

Ada kalanya seseorang memiliki pasangan berparas menarik tapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya sopan, bahasanya sedap didengar tapi selekeh dan pengotor.
Ada pula pasangannya handsome dan pandai bergaya tapi malas beribadah.
Ada ja tapi tu kan..????
Asam garam dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah S.A.W berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.’
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:
 ‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’(An-Nisaa: 19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula – tidak boleh dipakai sama sekali. Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya. Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan pula terlalu memaksa, berhikmah dalam berdakwah.

‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’
(Surah An-Nahl: 125)

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
Bercintalah sampai ke syurga… Bercintalah dengan redha Allah SWT…

Kau umpama Susun Silang Kata

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada
Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu
(korus)Kau umpama susun silang kataYang terakhir untukkuSekian lama ku mencariRupa-rupanya di depankuHidup ini tak berertiJika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri
Bagiku kaulah yang terindahManisnya senyuman anugerah TuhanMemarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada
Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu
(ulang korus)
Dan tak kira apapunYang terjadi dalam mimpikuUsahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu
(ulang korus 2x)

Lagu dia best2

Sunday 5 June 2011

Kembali terjalin!!


Assalamualaikum..
Rasanya dah lama aku tak masuk dunia blog ni..atas sbb tertentu aku terpaksa delete blog aku yang lama dalam blogger.com..ada stalker yg aku tak berapa berkenan dalam blogger.com so aku beralih arah dalam blog address baru dan account baru..walaupun dah masuk bulan may 2011..apa2pn aku akan cuba update blog ni
Sukan Lasak yang aku minati sehingga kini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...