Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 10 August 2011

Spontaneous Thursday #2

Assalamualaikum..

10 Ramadhan sudah pun meninggalkan kita. Rindu time puasa kat Pendang. Teringat bila mengenangkan puasa masa kecik-kecik. Puasa setengah hari ja sebab perut aku sakit sampai mak aku menangis bila tengok aku menahan sakit perut tapi Alhamdulillah bila dah besar ni tak dak dah penyakit macam tu.

Memandangkan hari ini hari khamis, ST aku yang kedua,

Rindu dengan mak. Rindu nak makan nasi kerabu @ nasi ulam.

Monday, 8 August 2011

Selera di Bulan Ramadhan #2

Hanya gambar dapat menggambarkannya

Sunday, 7 August 2011

Drama yang tersentuh hati sepanjang Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan ni muncul la drama-drama yang menyentuh hati ni. Kebanyakannya yang berkaitan dengan keluarga. Ye la keluarga lah yang paling kita kasih dan sayang.

Balik dari kerja tunggu la cita yang start kul 6.30 ptg ni, KASIH ALIA.

Sebenarnya yang bestnya cita ni sebab ada Iqram Dinzly hehehe. Aku memang minat dia bila dia berlakon. Watak-watak dia semua jenis romantika de amor la hahaha.

Dah habis petang, tunggu malam lak nya drama yang semua orang tengah bertanya pasal lagu full POMPA BENSIN ni. Tengok dari fanpage dia Facebook semua orang mencari lagu beliau. RAMADHAN TERAKHIR pun bole tahan gak cita dia. Lagu dia pun memang terbaik. Tapi sampai sekarang tak tau siapakah penyanyi sebenar.

Thursday, 4 August 2011

Selera di Bulan Ramadhan #1

Bulan ramadhan ni nafsu makan membuak-buak. Biasa la dah nama pun puasa hahaha. Kalau pegi PARAM (PAsaR Malam) tu memang tengok semua benda nk beli, yang tu la selera, yang ni la selera. Kalau nak ikutkan dengan selera dan nafsu tu memang tak boleh nak halang, Bagi aku baik aku jangan pegi sbb nanti aku beli macam-macam juadah. Telinga keling @ Peneram (panggilan orang utara) memang peberet aku lah hehehe =). Nyum-nyum syedapnyaaaa..

Tapi hari ni aku nk post pasal Kari Kepala Ikan. Hari ni macam nk masak menu ni je hehehe =).


Bahan- bahan

Kepala ikan lebih kurang 600g (ikan apa2 pn tak pe, janji banyak tulang)
Kacang bendi
Cili potong
Tomato
1 1/2 bungkus kari ikan (ikot berapa org makan)
Sedikit helba campur
Santan pekat 1/2 cawan (kalau suka berlemak lg, tambah lagi santan tu)
Santan cair
Daun kari
Bawang Merah, Bawang Putih dan Air

Cara-cara

1. Mula-mula letakkan rempah/serbuk kari dalam 1 mangkuk campur bersama santa cair perahan asam jawa.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan campurkan bersama dengan rempah tadi.
3. Panaskan minyak, tumis halba campur bersama-sama bawang merah dan setelah kekuningan masukkan daun kari.
4. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan sedikit air dan santan pekat.
5. Setelah mendidih masukkan kepala ikan, kacang bendi, tomato dan garam secukup rasa.

Siappppppppppp!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...