Wednesday, 30 November 2011

Spontaneous Thursday #8

Assalamualaikum..
Dah lama tak post pasal ST. Malas pn ada sbb keja berlambak dan malas jgk nk buat keja yang berlambak tu..so ari ni rajin sikit dari hari yang sebelumnya..sikit je la..so ST aku untuk ari khamis ni

Penat ngan keja dan outing practical recreation!!! Uwwwwaaaaaaa

Wednesday, 23 November 2011

Alhamdulillah, terima kasih semua!!

"Terima kasih menerima diriku seadanya wahai suamiku"
Assalamualaikum..
Dah lama xmenjenguk blog aku ni..rupa2nya dh bersawang..emmm biasa la sibuk ngan persiapan perkahwinan. Tak sempat nk post apa2 kat blog ni.

Alhamdulillah majlis akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz pada pukul 5.27 ptg selepas asar pada 11.11.11. Tarikh yang sgt bermakna buat kami berdua. Terpahat utk selama2nya dan kekal hingga ke syurga aminnnn!!! Terima kasih pada Cik Noi a.k.a make up artist aku hehe dan kakak aku (Rohaida). Make up uols mmg marbeles!!!

Reception sebelah aku berjalan dengan baik pada 17.11.11 walaupun berlangsung pada hari bekerja. Jutaan  terima kasih especially kepada my lovely mom (Salmah Osman), my lovely sisters (Rosnani, Rohaya, Rohana, Rohaida, dan Rosilawati), my big lovely brothers (Roslan dan Redhuan), and my lovely nephews and nieces (Shazlin Suniza, Saidatul Nadila, Ammirul, Syamim, Syabil, Ain dan yang tak dapat hadir). Kamu semua terbaik. Sayang kamu semua!!


Tuesday, 1 November 2011

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)

Kebaikan dan kesalahan?

Assalamualaikum..

Emmm entry aku kali ni simple ja. Nak berkongsi ngan kawan-kawan tentang kebaikan dan kesalahan. Aku dah lama terfikir pasal benda ni, tapi aku sedih bila kesalahan tu lebih mengatasi segala kebaikan yang dilakukan.

Apa pendapat korang tentang habis segala kebaikan yang kita buat hanya kotor dan tertutup disebabkan hanya 1 kesalahan. Sampai macam tu sekali orang nak menghukum kita. Sampai dah lupa segala kebaikan yang kita buat. Tapi kita ni hanya manusia, hanya mampu menerima segala dugaan yang Allah turunkan kepada kita dengan pasrah dan redha walaupun kita tak sanggup nk hadapinya. Kita hanya mampu berdoa yang orang lain akan memaafkan kita. Kita redha apa segala hukuman dan tohmahan yang dikeluarkan walaupun hati kita pedih nak menerimanya. Insya Allah, kita senantiasa di bawah lindunganNya. Amin!!

Wednesday, 26 October 2011

Apa masalah minah ni?

Assalamualaikum..

Dah lama tak post apa2 dalam blog aku ni. Tak tau nk tulis apa..lagipun sibuk dengan persiapan perkahwinan yang bakal menjelang tak lama lagi.

Hari rasa nk post gak pasal minah ni. Aku pun tak tau apa masalah dia. Ingatkan tak habis lagi masalah dia ngan bakal suami aku ni..tapi lg menjadi2 lak. siap post dalam fb lg kot..dah la keja dia ni asyik mengutuk orang ja. Si Tua K pun bakal suami aku ni tapi Si Tua K ni jgk la yang berkahwin dulu dari kau!!! Lagipun dia tak pernah kacau hidup kau pun. Kalau tengok page dia, Astagfirullah!!! asyik mengutuk orang ja. Aku mmg dah tahap tak tahan ngan perangai dia. Disebabkan mulut dia yang celupar tu la orang asyik perli dia bila dia letak status yang mcm2 kat dalam fb dia..


Aku kesian dengan org camni..tak dak pedoman dalam hidup. Aku doakan engkau bahagia apa yang kau lakukan. Semoga dia sedar apa yang dok mengomel dalam fb tu.

Friday, 7 October 2011

Spontaneous Thursday #7

Assalamualaikum..

Lambatnya nak update blog sbbnya banyak kerja yang bos bagi hahaha..konon
ST aku untuk ari khamis ni

Hanya ada 1 bulan je lagi..gemuruh!!!

Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday #5

My wish..sapa2 yang bermurah hati hehehe

Sunday, 2 October 2011

My Bumblebee!!

Hari sabtu lepas, gi jenjalan ngan En. Lawyer. Terharu sangat bila dia nk belikan jam baru sebabnya untuk hadiah harijadi aku yang dah lepas. Aku tak kesah walaupun dah lambat dia nak bagi. Lagipun dia sakit mata tengok jam aku skrg sbb dh hilang nombor pas tu tak sesuai lak nk pakai jam tu untuk perempuan so dia belikan la yang baru..tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

SHEEN Casio (SHN-5000)
Thank you very much My Bumblebee!!
Thank you Encik Lawyer

Thursday, 29 September 2011

Spontaneous Thursday #6

Seminggu ni perut meragam. Makan apa ja semua kuar balik huhu. Tak larat la camni pas tu lak nk kena ulang alik toilet 10 kali 1 hari, tapi kalau dah malas nk pi klinik menjawab la ngan membe2 yang membebel suruh pegi  klinik. huhuhuhu ST aku untuk ari khamis ni.

DIARRHEA!!

Segmen l Jom tambah follower

Click sini nak join jom!!
Assalamualaikum..

Dah lama tak join segmen. Banyak sangat keja so tak sempat nk update blog. Ni pun sebab dok selalu baca blog Puan Ila Omar la. Hopefully ramai follower kat blog aku ni walaupun aku jarang2 nak update tapi still gak nak update. Bagi yang mengunjung terima kasih banyak2.

Wednesday, 28 September 2011

Wordless Wednesday #4

Diarrhea seminggu ni huhu.xlarat

Monday, 26 September 2011

Kepuasan

Dalam alam semesta ini, semua manusia mengalami dan menghadapi masalah masing2. Tapi jangan libatkan masalah kita itu dengan masalah orang lain supaya orang lain tak membenci dengan keadaan dan perangai kita yang terbawa2 disebabkan kita ada masalah lain. 

Dunia ini punyai kitaran hidup yang berulang2, itupun kalau kita perasan. Dari kita kecik smp la kita nk meningkat dewasa dan menuju hari tua. Masa menjelang tua tu la kita perasan putaran hidup kita akan dh start macam budak2 kecik. Tapi apa yang pasti dan yakin kita tak dapat puaskan hati semua orang. Macam aku gak ada kekurangan tapi aku masih ingin betulkan kekurangan aku dengan menerima teguran dari orang lain dengan hati terbuka dan buka menunding jari ke atas orang lain. Aku cuba untuk perbaiki diri sendiri. Insya Allah.

Tapi mengapa orang lain tak boleh nak terima kesalahan diri sendiri. Mungkinkah ia bole dikategorikan sebagai sombong? Emmmm aku tak pasti!!! Apa2 pun aku ada masalah aku sendiri dan Insya Allah aku cuba tak nak libatkan orang lain dalam masalah aku. Selagi aku boleh simpan, aku cuba. Ya Allah pimpin lah aku, aku lemah tanpaMu Ya Allah. Seandainya Engkau ingin menguji aku dengan sebegitu, aku terima dengan redha. Aminnn!!!

Wednesday, 21 September 2011

Wordless Wednesday #3

Malas tul nak update blog..asyik ari rabu ngan khamis ja update..sbbnya simple wakakaka..akan mencuba jgk nk update apa yg patut


Macamana leh jadi camni???

Thursday, 15 September 2011

Spontaneous Thursday #5

Sebelum sampai masanya..serabut
ST aku yang sangat simple

Spannung

Tuesday, 13 September 2011

Wordless Wednesday #2

Rindu nak bergunung ganang..rindu bangat

Persamaan

Hiking : Burger King : Kasut sukan : Kasut Hiking : Jam : Window Shopping : Melancong

Wednesday, 7 September 2011

Spontaneous Thursday #4

Assalamualaikum..selamat hari raya kawan-kawan
Terlepas lagi Wordless Wednesday aku..huhuhu sibuk men game lg hahahaha..tapi nasib aku sempat nak post untuk ST aku untuk ari khamis ni..

Menghitung Hari, Hari demi Detik

Sekian, wassalam

Thursday, 25 August 2011

Tuesday, 23 August 2011

Nak Cuti Cepat!!!!!!

Fuhhhhhh sangat penat dalam minggu ni. Kalau dapat bantal tu memang terus dibuai mimpi. Nak cuti lagi banyak keja atas meja. Bos lak dok suruh habiskan payment secepat yang mungkin. "Hari rabu last kuarkan cheque ye Rose". Aduhhhhh rasa nak pecah kepala nk kejar invoice pas tu nak key in invoice. Tension dan penat.


Wednesday, 17 August 2011

Spontaneous Thursday #3

Hehehe ni baru betul untuk hari khamis. Disebabkan aku suka sangat lagu ni dan jenuh menunggu full lagu ni so ST aku minggu ni berkenaan POMPA BENSIN gak. Nama kumpulan ni diambil dari Pam Minyak di Indonesi. Namanya sangat menarik, lagu ni OST dari drama "Ramadan Terakhir". Start kul 10.30 malam dari hari selasa hingga khamis tapi dalam bulan ramadan ni ja. Sama jugak tahun lepas nya, RadiusOne keluarkan lagi drama yang best. Tahun lepas nya Syurgamu Ramadan.

Jangan Lupa Namaku - POMPA BENSIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...