Wednesday, 10 August 2011

Spontaneous Thursday #2

Assalamualaikum..

10 Ramadhan sudah pun meninggalkan kita. Rindu time puasa kat Pendang. Teringat bila mengenangkan puasa masa kecik-kecik. Puasa setengah hari ja sebab perut aku sakit sampai mak aku menangis bila tengok aku menahan sakit perut tapi Alhamdulillah bila dah besar ni tak dak dah penyakit macam tu.

Memandangkan hari ini hari khamis, ST aku yang kedua,

Rindu dengan mak. Rindu nak makan nasi kerabu @ nasi ulam.

Mencari muka surat dalam Al-Quran

Caranya sangat mudah jadi MARI KITA CUBA..!!!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnahnya untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan ciptaan manusia).


Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

JOM SAMA-SAMA BELAJAR.

Monday, 8 August 2011

Selera di Bulan Ramadhan #2

Hanya gambar dapat menggambarkannya

Sunday, 7 August 2011

Drama yang tersentuh hati sepanjang Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan ni muncul la drama-drama yang menyentuh hati ni. Kebanyakannya yang berkaitan dengan keluarga. Ye la keluarga lah yang paling kita kasih dan sayang.

Balik dari kerja tunggu la cita yang start kul 6.30 ptg ni, KASIH ALIA.

Sebenarnya yang bestnya cita ni sebab ada Iqram Dinzly hehehe. Aku memang minat dia bila dia berlakon. Watak-watak dia semua jenis romantika de amor la hahaha.

Dah habis petang, tunggu malam lak nya drama yang semua orang tengah bertanya pasal lagu full POMPA BENSIN ni. Tengok dari fanpage dia Facebook semua orang mencari lagu beliau. RAMADHAN TERAKHIR pun bole tahan gak cita dia. Lagu dia pun memang terbaik. Tapi sampai sekarang tak tau siapakah penyanyi sebenar.

Thursday, 4 August 2011

Habis!!

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas anak sedara aku kol. Berita yang sangat menyedihkan sebab external hard disk aku memang rosak teruk sangat uwwwwaaaaaa http://www.smileycodes.info sedih dan geram pun ada tapi nk buat camna, tak dak rezeki. Yang paling menyedihkan bila gambar2 kesayangan aku semua habis. Memang tak leh nak back up langsung. Semua gambar gunung kot. Masa dengar tu pasrah dan redha ja gambar-gambar habis huhuhu. Yang ado ni pun aku ambik dari facebook aku. Ini la antara gambar yang ada dalam external hard disk aku tu..sadis betul.

Puncak Gunung Ulu Sepat (Nov 2010) 

Puncak Gunung Korbu (Trip Transtitiwangsa 2008)

Puncak Gunung Tahan (10 orang saja masa ni 2006)

Trip Gunung Bubu (Sondol Trip a.k.a Redah kasi Pecah tak tau jalan 2010)

Sayang gak ngan gambar ni..trip broga hill

Selera di Bulan Ramadhan #1

Bulan ramadhan ni nafsu makan membuak-buak. Biasa la dah nama pun puasa hahaha. Kalau pegi PARAM (PAsaR Malam) tu memang tengok semua benda nk beli, yang tu la selera, yang ni la selera. Kalau nak ikutkan dengan selera dan nafsu tu memang tak boleh nak halang, Bagi aku baik aku jangan pegi sbb nanti aku beli macam-macam juadah. Telinga keling @ Peneram (panggilan orang utara) memang peberet aku lah hehehe =). Nyum-nyum syedapnyaaaa..

Tapi hari ni aku nk post pasal Kari Kepala Ikan. Hari ni macam nk masak menu ni je hehehe =).


Bahan- bahan

Kepala ikan lebih kurang 600g (ikan apa2 pn tak pe, janji banyak tulang)
Kacang bendi
Cili potong
Tomato
1 1/2 bungkus kari ikan (ikot berapa org makan)
Sedikit helba campur
Santan pekat 1/2 cawan (kalau suka berlemak lg, tambah lagi santan tu)
Santan cair
Daun kari
Bawang Merah, Bawang Putih dan Air

Cara-cara

1. Mula-mula letakkan rempah/serbuk kari dalam 1 mangkuk campur bersama santa cair perahan asam jawa.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan campurkan bersama dengan rempah tadi.
3. Panaskan minyak, tumis halba campur bersama-sama bawang merah dan setelah kekuningan masukkan daun kari.
4. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan sedikit air dan santan pekat.
5. Setelah mendidih masukkan kepala ikan, kacang bendi, tomato dan garam secukup rasa.

Siappppppppppp!!!

Wednesday, 3 August 2011

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum..

First time aku nk post Spontaneous Thursday hehe..dah nama pn nombor 1..i'll try to keep it up hahaha..nk penuhkan entry tiap2 hari..tgk blog Epi ngan Ila aku pun cam nk buat sesuatu yang baru dalam blog aku..

So kebetulan menerjah blog Epi so aku pn mulakan ST aku yang pertama ni

Dah masuk ramadhan ke-4 kerja kat opis menimbun-nimbun..sebelum puasa nak naik gunung xdapat =( sedih sangat..
Wassalam..

Tuesday, 2 August 2011

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna

Bismillahhirahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam. Selamat Berpuasa untuk semua. Hari ini hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga setiap dari kita dapat kembali menyucikan hati dan diri (termasuk saya) dalam bulan Ramadhan ini =) ternyata Allah memberikan peluang kepada kita untuk berubah dan bertaubat dalam bulan ini =)



Sudah tentu dalam bulan Ramadhan ni ada sesuatu yang kita buru; sebelum itu ada sedikit teka-teki untuk kawan2 semua:
Sebaik-baik siang?Sebaik-baik malam?Sebaik-baik hari dalam seminggu?Sebaik-baik bulan dalam setahun?

Jawapan: Siang hari Arafah, Malam Lailatul Qadar, Jumaat, Ramadhan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...