Wednesday 10 August 2011

Mencari muka surat dalam Al-Quran

Caranya sangat mudah jadi MARI KITA CUBA..!!!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnahnya untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan ciptaan manusia).


Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

JOM SAMA-SAMA BELAJAR.


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5 - 1 = 4, perlu didarab dengan 2; jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, Juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10 - 1 = 8, perlu didarab dengan 2; jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, Juzuk 5 adalah pada halaman 182
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan lihat Juzuk 10 bermula pada halaman 182.


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23 - 1 = 22, perlu didarab dengan 2; jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, Juzuk 23 adalah pada halaman 442
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan lihat Juzuk 23 bermula pada halaman 442.

Subhanallah, memang menakjubkan kawan2. Sama kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, keluarga2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...