Sunday 3 July 2011

Gunung Datuk ~Dah lama kot xnaik gunung~

Nampak cam gayat kan? hahaha tp tidak
Dah lama kot tak naik gunung..hampir 6 bulan..haha bg aku lama tu..last mendaki ni bulan 11 thn lepas tp hardcore nye la..kalau yg biasa2 ja ni new year ari tu naik berkelah..best gak ramai2 geng2 ARC naik berkelah sambut new year..

ni gambar lama time naik datuk
Last week aku naik gunung datuk..perghhhh pancit jgk la..ngan xtraining bagai semua huhu..tp mmg dh pancit kalau naik pn..biasa la org tak power hahaha..tak power tak pa janji ada keinginan naik gak sbb ni hobi aku..next time kena gak training at least seminggu 3 kali..ish2 malas sungguh

Ari Jumaat dalm kul 9 lebih aku dh gerak naik putra ngan encik peguam ke subang jaya..tunggu lama jgk la nk   mintak si Izzat ambik..haha ada la ensiden yg tidak ingini dr encik peguam ni..tak pa abaikan.

Dalam kul 12 lebih izzat smp ngan kawan dia, Husam so kteorg pbn bergerak ke Rembau, Negeri Sembilan..laju jgk la si Husam ni bawak dlm kul 2 lebih dh sampai..aku mmg dh penat so aku dan yg lain beradu dulu sblm menjelang waktu nk naik Gunung Datuk..dijangkan dlm kul 4 lebih nk nek puncak..

Hahahaha biasa la dengan gaya2 malas, kul 4 lebih terjaga..dengar langit berdentum dentam diiringi lak ngan cahaya kilat sabung menyambung..membuatkan aku lg malas dh nk siap dh ambik keputusan tak naik..semua dok mengejek aku.."Ala dh dtg xkan xmau naik..apa daaa!!!" hahaha bingit jgk la.. Argghhh malas lak nk siap huhuhu..

Pas tu dengar encik peguam bersuara "dah..dah pegi siap pi, kteorang tunggu n". Huhuhu dengan gaya malas aku angkat beg gi toilet salin pakaian..kena naik jgk..aduhhhhhhhhhhhh tak naik la..hehe

Dh siap semua dan start ngan bacaan doa kami pun bergerak naik dlm kul 5 pagi..separuh jalan dengar lagi langit berdentum..hahaha cam gaya nk patah balik sbb nk hujan. Dalam hati "Yeaaaayyyyyy!!! patah balik, leh sambung tidoq" tiba2 izzat bersuara kat encik peguam. "Nak patah balik ka?" Encik peguam kata "dh naik dh, xde nye nk patah balik". Alamak kena naik jgk hujan2 hahaha padan muka..so kteorg meredah dalam hujan jgk..cam tak biasa hahahaha..

Kteorg smp puncak kul 7 pg..aku malas nk naik puncak batu so aku lepak bawah je..buat apa lg..tidoq la hahaha..yg len sibuk bergambar kat puncak..

Tapi terubat jgk la rindu nk naik gunung walaupun aku pancit..so sangatttttttttttttttttttttt seronok


Info Gunung Datuk:

Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.

Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau.

Tapak Kaki Hang Tuah
Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.
Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.

Puncak Gunung Datok 
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.

Perizinan 
Balai Polis Kota
Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.

3 comments:

Aku DaN SeSuAtU said...

wakaka..hg pancit ye rosmoss

Roslaily Saad said...

pancit la sbb lama xnek gunung huhu..ce ang try tgk pancit ka dak

Lieza said...

masih... ros yang lama.. wakakkakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...